the End of Stupid Calculation

R A B U, 2 4 N O V E M B E R 2 0 1 1


Nampaknya cuaca pagi ini sejuk ditambah pula dengan hujan . Sama seperti perasaan aku dan keadaan aku sekarang ni . Aku tak sihat, mentaliti tak stabil (bukan gila), perasaan aku kosong sekarang ni . Hari ini aku akan menghadapi peperiksaan Additional Mathematics, subjek yang tak pernah aku tawan seumur hidup aku . Aku hadapi hari ini dengan tabah, walaupun kepala aku ada 'setem' kiri dan kanan . Ramai rakan-rakan yang menegur, tak kurang pula yang
ketawa melihat keadaan aku ni . Ada yang sedih tengok keadaan aku, then tanya kenapa aku deactive FB aku ? Nampaknya tak sampai sehari aku deactive, ramai yang dah tau . Aku senyum saja .

Aku terpaksa keluar awal 30 minit untuk kertas 1 sebab aku dah tak tahan & takda idea dah nak jawab apa . Aku rehat di rumah Arie bersama Fauzan dan Farhan . Aku dapat rasakan ketenangan bila berada bersama kawan-kawan aku . Ditambah pula telatah adik Arie yang berusia 5 tahun . Aku sukakan kanak-kanak . Why ? Because they always smile and make us smile always . Jam 2 petang aku kembali semula untuk menghadapi kertas 2 sehinggalah 4.30 . Aku bersyukur sangat sebab aku dah lepas subjek ni walaupun
aku tak pasti boleh lulus atau tidak . Tawakkal tu'alallah saja la .

Malam ni, aku sambung semula perbincangan dengan orang tengah aku tu . Aku takkan lupakan mesej kau yang ni,

"wake up Haikal ! takkan ujian sekali datang ko dah lost ni ? Nape amik keputusan melulu ? Mana Haikal yang yakin dulu ? Mana Haikal yang selalu dapat selesaikan masalah dulu ? Sejak bile ko tak tabah macam dulu ?......"

Terima kasih banyak-banyak kawan, tapi aku yang dulu, yang dulu la . My past was different, my present is different and my future will be different . By the way, masalah masih lagi belum dapat diselesaikan malam ini, cuma dapat redakan keadaan sahaja .. .


*Hari ni lebih kurang 6 orang cakap dekat aku, " Ni nak post ke mana ni ?", " Ada 'setem' ni nak post ke mana ?" Sampaikan makcik jual nasi lemak dekat Temara tu cakap, " Haii, sampai pening kepale ke jawab exam ?". Customer dekat gerai tu senyum je =='



No comments:

Post a Comment