the Hatred

S E L A S A, 2 2 N O V E M B E R 2 0 1 1


"Wahai mata, seandainya engkau boleh melihat hati...wahai hati, seandainya engkau boleh berbicara..."


Semua yang berlaku hari ini, gara-gara FaceBook . Semuanya disebabkan engkau, 'engkau' dan hati aku yang memang tidak dapat menahan diri ini . Hati aku bercampur dengan perasaan cemburu dan ditambah pula benci yang sangat mendalam . Perasaan benci yang tidak sehebat seperti sebelum ini, perasaan benci yang sudah cukup untuk mengubah diri aku .

Semuanya bermula di muka buku (macam lagu Najwa Latif). Kalau dulu, aku boleh berlapang dada, goyang kaki dan tak perlu risau apa-apa . Tapi sejak 2 bulan yang lalu (approximately 2 months), aku tak boleh duduk diam . Aku jadi STALKER yang tegar, sampai la apa yang berlaku hari ni . Aku memang tak boleh tengok semua tu, mata aku memang sakit kalau terbaca, apatah lagi kalau sengaja untuk aku baca . Mungkin sifat cemburu aku terlalu tinggi & kuat sehinggakan aku sudah sampai ke tahap 'Serang Terus' . Ya, aku memang kuat cemburu dan jealous .

Aku tak mahu mention nama siapa-siapa dekat sini disebabkan hendak menjaga maruah & hati semua pihak . Walaubagaimanapun, sesiapa yang sempat baca 4 status aku hari ni, you all tahu siapa yang terlibat . Bagaimana aku handle semua ni . Bagaimana seorang 'Genius' bertemu dengan ahli 'Seni' . Kenapa bila aku update 4 status dalam masa 2 minit, then kau private semua wall kau & photo kau dari aku ? Dan kenapa tiba-tiba kali ni kau like status aku ? Kau tak pernah like status aku sebelum ni kecuali ada satu status aku 2-3 bulan yang lalu berbunyi begini,

"That boy, that boy, and that boy, GTH"

Faham ? Takpa, kalau tak faham, buat-buat faham . Salah satu 'boy' dalam status ni memang aku tujukan kau . Dan kau seolah-olah memahaminya, lalu inilah status pertama yang kau like . Kau memang seorang yang bijak & pandai, tapi tak sebijak dan tak sepandai itu . Belajar memang cemerlang . Walaupun kau sekolah lain, tapi aku tau macam-macam . Tindakan kau privatekan wall kau secara tiba-tiba dari aku, bagi 'hint' dekat aku . Aku menantikan kau bersuara di status aku yang kau like . Tapi takda pula . Hanya mampu berdiam diri ? Come on dude, are you scared of this 5 feet boy with unmatured face like a stupid childish, hah ? Akhirnya, bila ramai yang masuk dalam status aku, baru kau muncul . Kenapa, terasa ke ? Bagus kalau terasa, memang ini yang aku mahukan . Selepas itu, aku mula basuh & game dia cukup-cukup .

Kalau dah genius tu, ayat dia pun memang genius la . Tapi ada juga ayat dia yang tak menampakkan dia tu macam genius, macam orang yang tak berpelajaran ada la . Tapi ada satu ayat ni memang bagi tamparan yang hebat dekat aku, memang menyakitkan mata aku bacanya, dan menyakitkan hati aku,

"Aku buat ada sebab..aku try selesaikan..aku taknak aku bahagia atas kemarahan orang lain..."


Ok, kau taknak bahagia atas kemarahan orang lain ? Jangan jadi bodoh la . Memang aku tengah marah . Tapi jangan risau, lepas ni kau takkan bahagia di atas kemarahan orang lain, tapi kau bahagia di atas apa yang kau dah lakukan . Disebabkan semua ini jugak la, aku tak berapa ok terus dengan 'dia' . Aku minta tolong seorang hamba Allah yang baik hati ni (tak mahu mention nama) jadi orang tengah untuk selesaikan masalah aku dan 'dia'. Daripada apa yang aku tahu, kau berkawan dengan 'dia' 4 tahun, lagi lama daripada aku kenal dengan 'dia' . Oke, disebabkan keperluan untuk memulihkan keadaan semula, menjaga persahabatan antara kau dan 'dia', I've made a decision..a crucial one . Aku korbankan karier Kaligrafi dan Fotografi aku dalam FB, bermakna aku deactive account FB aku . Kalau kemunculan aku dalam FB ni banyak menyusahkan, menyakitkan mata aku berterusan, lebih baik aku undur diri . Masa tu juga la ramai yang bertanyakan kepadaku mengapa mahu deactive ? Terima kasih banyal-banyak dekat korang semua sebab ambil tahu . Aku terpaksa lakukan semua ni . Aku dah tak tahan . Ini yang terbaik aku boleh lakukan . Aku tetap dengan pendirian aku .


Tapi apa yang aku harapkan, lain yang berlaku . Namun, semuanya belum selesai lagi . Masih jauh lagi untuk sampai ke jalan penyelesaiannya .... ... . Aku tahu, you all mesti letakkan 100% kesalahan pada aku . You all akan cakap yang aku ni selfish, cemburu tak bertempat, and blah blah blah... .You all boleh kutuk aku, caci aku, maki aku . Tapi, aku tetap berdiri teguh dengan prinsip aku . .. tetap teguh walaupun diri aku tak seteguh dahulu.... .

*Kalau siapa yang terbaca apa yang ada pada status aku tu, itu lah yang berlaku . Aku tak pernah benci dekat orang, tapi kadang-kadang 'mereka' buat aku benci



No comments:

Post a Comment